Thursday, November 9, 2017

Sistem SAPS Ibu Bapa

Assalamualaikum.

Happy Thursday!

Sebelum ni ateng dah pernah cerita serba sedikit tentang SAPS Ibu Bapa dekat SINI.
tapi harini ateng nak cerita lebih mendalam tentang SAPS Ibu Bapa ni,

Seperti sedia maklum SAPS Ibu Bapa ni website untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak bagi ibu dan bapa yang diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sistem ini bertujuan memudahkan urusan ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan anak-anak contohnya ujian bulanan, atau tahunan.  Tiada lagi alasan untuk ibu bapa yang tidak dapat mengetahui perkembangan pelajaran anak-anak mereka.




Macaman cara penggunaan sistem ini?

Semudah ABC..

Klik SINI untuk masuk website Sistem SAPS Ibu Bapa.




Klik SINI untuk website seperti paparan dalam gambar.

Ibu bapa perlu mengetahui nombor kad pengenalan anak-anak serta nama sekolah sahaja untuk mengakses website SAPS Ibu Bapa ini. Sekarang semua dihujung jari simpan dalam 'smartphone' lebih mudah kalau takut terlupa. Tiada alasan ibu bapa tidak sempat mengikuti perkembangan anak anak.




Banyak kelebihan yang ibu bapa dapat dengan website SAPS Ibu Bapa ini:

1. Dapat menyemak keputusan anak-anak dengan tepat
Dengan adanya website ni membantu ibu bapa mengetahui keputusan anak-anak dengan lebih tepat tanpa perlu bertanya kepada anak-anak, kadang anak-anak ni mood pelbagai, kalau elok dia beritahu lah, itu anak yang kecil kalau anak yang besar lain pulak perangai nya, kalau keputusan elok, semangat nak beritahu ibu bapa kalau sebaliknya, diam seribu bahasa.

2.Dapat melakukan persediaan awal bagi subjek yang lemah
Selepas keputusan ujian bulanan dikeluarkan ibu bapa dapat melakukan persediaan awal untuk membantu meningkatkan prestasi anak-anak bagi subjek yang mereka lemah tanpa perlu menunggu cadangan daripada para guru pada hari sua temu guru dan ibu bapa. Dengan persediaan awal membantu anak-anak lebih cepat mengatasi kelemahan pada sesuatu subjek.

3.Bilangan subjek yang di ambil oleh anak-anak
Bagi ibu bapa yang sibuk dengan kerja mungkin tidak sempat untuk mengikuti anak-anak semasa hari pendaftaran atau tidak jelas tentang bilangan subjek yang diambil oleh anak-anak. Dengan website ini ibu bapa dapat mengetahui dengan jelas bilangan serta nama subjek dengan jelas malah terselit nama guru yang mengajar subjek tersebut.

4.Tiada penipuan dalam tandatangan keputusan
Setiap kali ujian atau peperiksaan guru akan menyediakan slip atau buku untuk ibu bapa tandatangan keputusan anak-anak atau guru mengadakan hari sua temu waris untuk berkongsi keputusan anak-anak tapi dengan website ini ibu bapa malah guru dapat jimatkan masa dengan hanya menyemak keputusan secara atas talian. Namun hari sua temu waris tetap diadakan setahun mungkin sekali untuk eratkan hubungan antara guru dan ibu bapa, ini dapat singkatkan masa perbincangan tentang aktiviti sekolah dan singkatkan perbincangan tentang keputusan peperiksaan yg sudah diketahui lebih awal.

Malah website bagi guru dan setiausaha peperiksaan adalah SAPS NKRA,



Website ini adalah  untuk para guru dan setiausaha peperiksaan memasukkan data pelajar untuk paparan ibu bapa. Ini adalah rangkaian sambungan daripada SAPS Ibu Bapa.Zaman arus kemodenan semua dihujung jari hanya perlu klik dan luangkan sedikit masa. Malah Ibu Bapa hanya perlu sentiasa peka dengan tarikh peperiksaan dan bertanggungjawab untuk ambil tahu perihal anak-anak.

Dengan kewujudan SAPS ini tiada lagi masalah seperti anak-anak takut untuk memberitahu ibu bapa tentang markah peperiksaan serta meniru tandatangan ibu bapa pada slip peperiksaan.

Selain itu, ateng ada lagi satu website yang ingin dikongsikan, iaitu

SAPS -->http://www.sapsibubapa.co

Website ini menyediakan jadual waktu peperiksaan terutamanya peperiksaan awam seperti UPSR, SPM malah STPM juga disediakan. Ibu bapa mungkin boleh rujuk website ini untuk membuat permohonan cuti semasa hari peperiksaan anak-anak dengan lebih cepat dan pantas. Malah ibu bapa boleh memantau anak-anak untuk ulangkaji lebih awal apabila mengetahu tarikh peperiksaan. Ini sebagai satu peluang yang baik untuk memastikan prestasi anak-anak cemerlang gemilang dan terbilang, eh! :D

Selain itu website ini turut berkongsi lebih mendalam serta langkah penggunaan website SAPS ini. Malah turut disertakan pelabagai tips peperiksaan, tips belajar untuk di amalkan kepada anak-anak sebagai langkah persediaan ibu bapa.

Malah dekat website ni turut disediakan nombor untuk dihubungi serta sedikit maklumat mengenai SAPS yang ibu bapa tidak tahu.

Ibu bapa perlu sentiasa kunjungi website ni untuk kesenangan masa hadapan.

Sekian.

Harap bermanfaat buat para ibu bapa dan semuaa.

Sunday, November 5, 2017

Semakan Keputusan Peperiksaan Online Dengan Saps Ibu Bapa

Assalamualaikum.

Hello November!



Pernah dengar tak SAPS ibu bapa? Sekarang semua benda hujung jari jadi korang kena tahun apa itu SAPS ni.Harini nak berkongsi cerita tentang SAPS ibu bapa ni. Menarik ke tak? baca bagi habis tau.


Tahukah anda apa itu sebenarnya SAPS Ibu dan Bapa? 





SAPS adalah singkatan kepada sistem analisis pelajaran sekolah merupakan inisiatif daripada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyimpan data-data peperiksaan sekolah di seluruh Malaysia.Sistem ini juga memudahkan ibu bapa dan pelajar membuat semakan tenang keputusan peperiksaan serta guru untuk memamsukkan markah pepepriksaan secara online. Sistem ini boleh diakses dan digunapakai oleh pihak sekolah, KPM , JPN, PPD yang mempunyai data pelajar.




Dengan sistem ini ibu bapa boleh semak keputusan pelajaran anak-anak hanya denga melayari web SAPS ibu bapa ni. Bagi ibu bapa yang sibuk dengan hal kerja, dengan masa yang selalu mencemburui boleh menggunakan SAPS ibu bapa ni, mungkin boleh curi waktu 'lunch' boleh melayari web ini menggunakan telefon pintar atau semasa beriadah dirumah. Senang dan mudah, boleh guna tanpa alasan.

SAPS ibu bapa digunakan untuk semakan keputusan peperiksaan dan ujian bagi murid sekolah dari darjah 1 hingga 6 bagi sekolah rendah dan tingkatan 1 hingga 5 bagi sekolah menengah.  Semua jenis keputusan peperiksaan boleh disemak, samaada ujian bulanan atau tahunan malah peperiksaan percubaan kecuali peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM.


Dengan adanya SAPS IbuBapa ini, ibu bapa akan dapat sentiasa memantau prestasi pelajaran dan kecemerlangan anak-anak secara berterusan dan semudah di hujung jari sahaja. Maklumlah sekarang zaman internet, zaman teknologi, semua dihujung jari. Malah, ibu bapa senang nak ikuti perkembangan peperiksaan anak-anak, sebabnya tak semua anak-anak yang suka bercerita tentang keputusan peperiksaan, kalau yang baik mungkin diceritakan, jika sebaliknya tiada berita yang disampaikan oleh anak-anak kerana tidak yakin. Melalui SAPS jugak ibu bapa boleh semak keputusan dengan mudah dan pantas tanpa perlu anak anak beritahu keputusan mereka.






Ateng rasa masih ramai ibu bapa yang masih belum tahu cara atau belum reti untuk menggunakan sistem SAPS Ibu Bapa ini betul? Jangan risau, di bawah ini adalah cara memeriksa keputusan peperiksaan atau ujian anak kita melalui sistem SAPS ibu bapa:


Step pertama bila melayari web SAPS ibu bapa ni, ibu bapa cuma perlu ingat nombor kad pengenalan anak-anak serta nama sekolah, terus boleh klik semak untuk step seterusnyaa


Step kedua akan memaparkan data yang telah dimasukkan memula tadi kemudian senarai nama guru. Oleh itu, tiada alasan ibu bapa tidak mengetahui siapa guru yang mengajar setiap subjek yang diambil oleh anak-anak semua dihujung jari untuk memantau prestasi anak-anak memasing.



Ibu bapa digalakkan menyemak keputusan peperiksaan anak anda melalui laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau terjadi Laman tidak dapat diakses.Tidak perlu banyak 'step', ia sangat mudah dan tapi pastikan simpan nombor kad pengenalan anak. Itu sahaja yang diperlukan.Klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa. 



Step terakhir, keputusan peperiksaan dipaparkan.

Bagi memeriksa keputusan peperiksaan anak-anak secara online sila klik di sini -->SAPS Ibu Bapa.

Apabila ibu bapa sudah boleh menyemak keputusan anak anda pada bila-bila masa di mana jua, sila terus prihatin dan lebih ambil berat tentang pendidikan mereka. Jadikan kelebihan teknologi ini satu batu loncatan kepada kita mendidik anak-anak. InsyaAllah, tidak akan berlaku lagi perkara seperti anak sorok keputusan peperiksaan, anak tipu tandatangan buku rekod, anak tercicir dalam pelajaran dan pembelajaran dan lain-lain perkara tidak baik. 

Sebaiknya jika keputusan tidak memuaskan ibu bapa boleh membuat tindakan segera dengan mencari tutor atau guru tuisyen untuk membantu meningkatkan lagi keputusan anak-anak. Tidak perlu tunggu untuk berjumpa dengan guru untuk mengetahui prestasi anak, serta cara yang terbaik. Tindakan yang cepat mungkin mendatangkan hasil yang baik. 



Semoga artikel ini semoga ia membantu lebih ramai orang lebih tahu mengenai SAPS Ibu Bapa yang diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ini dan boleh semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka hanya secara online.Ibu bapa tidak ada alasan lagi untuk tidak ada masak untuk ambil tahu keputusan anak-anak, kan?


Tidak salah share perkara yang baik sesama ibu bapa kan? Anak berjaya, cemerlang, gemilang terbilang InsyaAllah aamin.